Syamsul Yusof Cuba Mencipta Dan Menyanyi Pula


Bukan sekadar muncul dengan karya terbaharu arahannya, Munafik yang ditayangkan di pawagam sejak Khamis lalu, pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, 32, mahu menceburi bidang nyanyian pula.

Tiga tahun menyepi daripada dunia pengarahan, Syamsul bukan saja kembali dengan Munafik malah turut menyanyikan lagu tema filem terbaru arahannya itu.
Dia tampil berduet dengan Mawi atau Asmawi Ani menyanyikan Kalah Dalam Menang yang dihasilkan secara bersama dengan Anwar Fazal.
Kata Syamsul, dia menceburi bidang nyanyian sekadar mahu mencuba nasib serta mempelbagaikan bakat seni dimiliki. Hakikatnya, Syamsul menegaskan cita-cita utamanya tetap sebagai pengarah filem.

Katanya, selain aktif mengarah dia turut mengete­ngahkan bakatnya dalam lakonan. Jadi, tidak salah jika dia juga kembangkan bakatnya dalam nyanyian.
“Memang saya suka menyanyi dan mencipta lagu. Setakat ini kalau diikutkan saya ada kira-kira 50 koleksi lagu ciptaan sendiri.

“Dalam jumlah itu, selain Kalah Dalam Menang, rasa­nya saya mempunyai sembilan lagi lagu yang dilihat ada potensi untuk diketengahkan,” katanya.
Ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun ke-10 syarikat rakaman Arteffects International baru-baru ini, Syamsul akui kerjasama dengan Arteffects ini memberi ruang untuk lagu ciptaannya dapat diketengahkan kepada pendengar.

Katanya, ilham mencipta #lagu diperolehnya tidak tentu masa. Apa yang paling diutamakan, lagu dicipta memuat­kan pelbagai mesej positif dan nasihat.
Mengenai pemilihan berduet dengan Mawi, menurut suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana ini ketika dia mencipta lagu Kalah Dalam Menang, #vokal penyanyi paling sesuai difikirkan adalah Mawi.

“Meskipun saya dan Mawi kawan lama, jauh di sudut hati ketika mahu menyuarakan hasrat berduet dengannya untuk lagu ini, saya gementar juga.
“Saya bimbang Mawi akan menolak. Pun begitu, sebaik saya mengirimkan melodi dan lirik lagu ini untuk didengar, keputusan diterima mengejutkan.
“Mawi sudi menyanyikan lagu ini bersama saya dan dia yakin Kalah Dalam Menang akan diterima baik pende­ngar muzik tempatan,” katanya.



Syamsul tanpa berselindung #turut menanam impian berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza, Najwa Latif dan Siti Nordiana jika diberi peluang.
Mengenai dakwaan dia mengongkong isterinya untuk tidak aktif berlakon, Syamsul berkata dia sekadar kurang menggalakkan saja.

“Saya sebenarnya tidaklah menghalang #Sarah berlakon. Cuma saya akui tidak menggalakkan dia aktif dalam karier lakonan.
“Bagi saya, cukuplah saya saja yang sibuk dan aktif dalam karier seni. Untuk Sarah, saya fikir kini dia lebih selesa dan serorok menguruskan perniagaan kami.
“Lagi pun, Sarah ada ijazah dalam bidang pemasaran dan karier sebagai ahli #perniagaan itu sesuai untuknya. Saya hanya tidak mahu isteri terlalu penat kerana berlakon,” katanya.
Baru lima bulan mengusahakan butik Shara Islamic Fashion World di Bangsar, Kuala Lumpur bersama isterinya, Syamsul berkata dia bersyukur dengan sambutan baik diterima.

Hingga kini, katanya lebih 70 jenama dihasilkan pereka fesyen tempatan dipasarkan di butik mereka yang mula beroperasi pertengahan September tahun lalu.
Mengenai pencapaian adik bongsunya, Syafiq di arena pengarahan filem, anak #penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam ini berkata, sebagai abang dia tumpang bangga dengan kejayaan Syafiq.
“Saya tidak pernah anggap Syafiq sebagai pesaing sebaliknya kehadiran Syafiq dalam Skop Production Sdn Bhd dirasakan tepat pada masa.

“Dengan hadirnya Syafiq, saya tidaklah menjadi harapan utama #papa. Sekurang-kurangnya, legasi papa dalam industri seni kami boleh teruskan bersama.
“Saya juga melihat potensi yang besar dimiliki Syafiq. Dia (Syafiq) #bagi saya seorang anak muda yang memiliki banyak idea baru untuk diketengahkan,” katanya.

Terus mendoakan kejayaan buat adiknya, Syamsul berkata apa yang #paling utama bagi dia dan Syafiq adalah melihat bapa mereka gembira, bahagia dan bangga dengan kejayaan diperoleh.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment