Ketahui - Raver vs Hipster: Apakah Dan Siapakah Mereka Itu?


BEBERAPA hari ini kecoh dengan budaya Raver yang dikatakan mula menjadi ikutan remaja di negara ini.


Bukan sedikit golongan dewasa yang garu kepala, tidak faham apa yang dimaksudkan dengan budaya Raver ini.


Lebih memeningkan apabila golongan pengamal budaya Raver ini dilaporkan mula bersengketa dengan golongan pengamal budaya hipster.


Di laman sosial, 'perang' antara #Raver dan Hipster menjadi topik perbualan, dan ramai yang menasihatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dan mengenali jati diri.


Kami mengumpulkan beberapa maklumat tentang dua golongan ini untuk pengetahuan bersama. Perlu diingatkan, artikel ini bukan berbentuk sokongan atau menghentam sesiapa.


Yang baik jadikan #teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Ramai yang tidak faham mengapa tiba-tiba anak muda di negara ini menjadi taksub dengan budaya asing ini.



RAVER


1. Berasal daripada perkataan rave, yang dari segi bahasanya membawa maksud percakapan yang merepek, meracau atau menggambarkan keghairahan dan keterujaan ketika memperkatakan tentang sesuatu.


2. Namun dari segi istilah, Rave adalah akronim Radical Audio Visual Experience, yang mula diperkenalkan di Chicago, Amerika Syarikat pada tahun 1980.


3. Budaya atau idealogi rave merangkumi jenis muzik yang berentak rancak (kebiasaannya muzik elektronik bersama DJ) dan budaya berparti serta bersuka-ria hingga ke awal pagi.


4. Rave, ketika di era 80an dan 90an, diklasifikasikan sebagai satu bentuk hiburan yang menyalahi undang-undang di banyak negara. Ini kerana, kebanyakan aktiviti yang dianjurkan melibatkan #penyalahgunaan dadah.


5. Lokasi parti rave biasanya dirahsiakan sehinggalah pada hari ia berlangsung.


6. Inspirasi tarian rave adalah bebas, di mana penari perlu menghayati muzik yang dimainkan dan menggerakkan badan mengikut cara masing-masing.


7. Dari segi pemakaian, gaya pakaian longgar, kasual dan sporty antara yang menjadi pilihan. Di sesetengah lokasi konsert rave, syarat lebih ketat dikenakan dengan hanya pakaian berwarna hitam dibenarkan.



HIPSTER


1. Satu budaya yang sudah wujud sejak tahun 1990an namun hanya mula mendapat perhatian sekitar pasca 2010.

2. Dalam bahasa mudah, Hipster adalah golongan dalam kelas ekonomi pertengahan yang memilih untuk hidup mewah.


3. Ia merangkumi gaya #pemakaian, tempat makan dan dengan siapa mereka bergaul.


4. Golongan ini juga dikenali dengan kegemaran 'unik' mereka. Mereka kebiasaannya akan memilih sesuatu yang lain dari yang lain, yang tidak akan dipilih oleh orang biasa.


5. Seperti juga Raver, Hipster punya corak muzik dan gaya tarian tersendiri. Namun ia bukan ciri penting mereka kerana Hipster lebih mementingkan soal gaya dan fesyen.


6. Hipster selalunya akan #menonton filem yang tidak akan ditonton orang lain, dan mendengar muzik yang tidak akan menjadi pilihan masyarakat mainstream.


Sumber




Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment